Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Umno itu dikatakan menjawap ketika ditanya semasa pemeriksaan balas oleh peguamnya, Mohamed Nasir Yusof.
Menurut Jamal, dia telah melakukan pencarian dengan Pendaftar Pertubuhan dan Pendaftar Syarikat (istilah tepat adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) mengenai status BERSIH 2.0 dan tidak menemui sebarang maklumat.
Tindakan jawapan Jamal yang bersahaja membuatkan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata kepada Jamal.
"Mahkamah ini bukan seperti kedai kopi sendiri.
"Mana keputusan carian kamu? Ini bukti dalam mahkamah atau luar mahkamah? Ingat, ini adalah mahkamah dan bukan kedai kopi."
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu tergaman dan dalam jawapan kepada peguamnya berkata maklumat itu berdasarkan ingatannya, susulan ditegur Hakim.
Datuk Seri Jamal Mohd Yunos hari memberi keterangan dalam saman fitnah terhadapnya oleh bekas pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Maria Chin Abdullah merupakan ahli parlimen Petaling Jaya Utara setelah menang ketika PRU Ke-14, dalam saman fitnah itu atas kenyataan Jamal bahawa himpunan BERSIH 5 yang dianjurkan dua tahun lalu, diresapi unsur-unsur Negara Islam (IS) dan Daesh.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu Jamal mengekalkan apa yang dinyatakan dalam kenyataan saksinya.
Kenyataan Jamal bahawa suami Maria, Allahyarham Yunos Lebai Ali terlibat dalam pengeboman sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. menurut laporan pada tahun 1972 Yunos adalah seorang pelajar di Universiti Malaya.
Sebelum ini, Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.
Dia bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.
Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal akhirnya ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia dan dibawa pulang hari ini - Malaysiakini