Setelah Dikecam, Bekas ketua Pemuda Umno Tampil Minta Maaf.


Kuala Lumpur: Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii meminta maaf kepada keluarga mendiang Eddie Ng selepas dikecam hebat oleh netizen.

Pagi tadi Razlan Rafii, memuat naik stastus di Twitternya menyifatkan, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, yang meninggal dunia awal pagi ini sebagai “suka fitnah dan hati busuk”.
 

Menurut laporan Malaysiakini, Razlan Rafii terut dikecam oleh Khairy Jamaluddin,

Khairy menuntut presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi “menunjukkan kepimpinan” dengan mengecam kenyataan pemimpin akar umbi Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah mengenai kematian seorang wakil rakyat DAP itu


Menurut Khairy di Twitternya, "Presiden parti Zahid Hamidi mesti kecam kenyataan sebegini. Belajar dari apa yang berlaku."

"Orang ramai menolak parti ini Umno kerana individu-individu yang buat dan bercakap perkara tidak betul:

"Mesti tunjukkan kepimpinan. Tiada gunanya pemimpin bawahan saja yang mengutuk,” kata Khairy, bekas ketua Pemuda Umno, yang kalah dalam perebutan merebut kerusi presiden dengan Zahid baru-baru ini"

Selepas dikecam Razlan Rafii meminta maaf kepada keluarga mendiang Eddie Ng dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang Eddie Ng.


Menurut Razlan di Twitternya, “Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang."

"Semoga tenang di sana,” tulisnya di Twitter sebentar tadi."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Razlan berkata beliau tidak berniat untuk menghina mendiang, malah turut mendoakan agar Ng dengan ungkapan “RIP” iaitu bermaksut (bersemadi dengan tenang). Sumber: Malaysiakini