Kau Terlebih Minum Air Ketum ke Ellie Suriaty - Chef Wan


Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama panggilan Chef Wan hari ini telah mengeluarkan kenyataan menyelar sikap Ellie Suriaty Omar yang disifatkannya sering bermain sandiwara.

Ellie dikatakan sering bermain sandiwara kerana tidak dapat menerima kekalahan parti pilihannya iaitu Barisan Nasional (BN).

Bagi Chef Wan, Ellie seperti tidak serik tampil dengan teorinya sendiri termasuklah yang terbaru ini yang menurutnya pembentukan kerajaan sekarang ini adalah berikutan rakyat negara ini yang terlampau mempercayai fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payahlah main drama dan sandiwara macam kau tu Ellie.

“Kita tinggal dalam dunia yang mengamalkan demokrasi, seperti dalam mana-mana pertandingan pun ada yang menang dan ada yang kalah.

“Hanya penakut tidak boleh menerima yang mereka ini sudah tewas dan masing-masing tak habis-habis menyalak tak sudah, apa hal?” katanya dalam Instagram.

Menurut Chef Wan, pengundi sekarang meolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke -14 tempoh hari adalah kerana mereka mengikuti serta memahami perkembangan situasi politik dalam negara yang berlaku pada masa kini.

Chef Wan juga turut menjelaskan bahawa rakyat mengundi adalah berdasarkan fakta, angka serta selepas melihat bagaimana pencapaian yang telah dicapai oleh kerajaan terdahulu yang terbabit dengan pelbagai skandal di sepanjang pemerintahan mereka.

“Nak lampu suluh ke untuk lihat semua ini? Dia ingat kita tak ada kerja lain melayan fitnah itu dan ini macam mereka.

“Kami hanya menggunakan akal fikiran, kebebasan dan kejujuran, malangnya kamu tidak ada itu Ellie!” katanya.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat Malaysia bebas keluar membuang undi mereka pada PRU ke - 14 pada 9 Mei yang lalu.

“Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yang masing-masing yang mengundi dengan bebas tanpa was-was atau pun di dalam ketakutan?” katanya.

Seharusnya sebagai rakyat kita seharusnya bersedia untuk memberikan laluan serta peluang kepada HARAPAN dalam mentadbir negara ini selama tempoh lima tahun ini.

Tetapi buat masa sekarang ini kerajaan sudah pun ditubuhkan malah rakyat Malaysia tidak berjanji sama sekali untuk memberikan hak memerintah pada mana-mana parti buat selamanya kerana setiap lima tahun akan diadakan pilihan raya umum.

Ketika itu rakyat berhak memilih siapa sahaja yang dirasakan layak untuk memerintah Malaysia dan itulah yang dikatakan negara demokratik.

“Dia lupa kepada kuasa majoriti yang mengundi atau dia bodoh dan sombong? Nak berjuang balik tunggulah pilihan raya seterusnya dan sementara itu belajar la dari kesilapan sendiri masing-masing untuk menebus balik kepercayaan rakyat negara ini.

“Adakah jelas dia ni meroyan sejak kebelakangan ini? Kau terminum air ketum lebih ke? Belum pun empat tahun mereka memerintah kau dah burukkan mereka! Kau tu siapa? Kau ado?” katanya. - Malaysiakini