Akui sukar membuat keputusan tepat ketika mula menceburkan diri dalam dunia seni, Fathia enggan menjadikan lakonan sebagai penghalang untuk bergelar penyanyi.
"Saya tak nak jadi penyanyi yang busuk-busuk, saya serius dan mahu jadi penyanyi profesional sebab saya lebih suka menyanyi.
"Tapi dahulu ketika mula-mula menjadi artis saya tidak tahu hala tuju saya, apabila saya dapat tawaran berlakon saya hanya menurut sahaja sebab saya masih mentah.
"Sekarang, bidang nyanyian jadi keutamaan saya," katanya kepada Gempak.
Malah, Fathia bakal muncul dengan single terbaharu pada 31 Ogos ini sempena dengan Hari Kemerdekaan.
“Lagu ini tentang kemerdekaan serta kemenangan Malaysia Baru sewaktu pilihan raya baru-baru ini. Ia tentang perpaduan!
"Selepas menang apa yang harus kita lakukan. Lagu ini turut memuatkan suara daripada pelbagai bangsa” terangnya. - Astro Gempak