Disangka Curang, Anak 'Belasah' Aeril Zafril


GARA-gara menyangka bapanya mempunyai hubungan dengan perempuan lain, anak perempuan Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, berang.

Menurut Wawa menerusi Instagram miliknya, Hayla telah menangis sebelum bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video bapanya sedang 'bermesra' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun ia hanya aksi lakonan Aeril bersama pelakon, Siti Elizad untuk drama Cinta Tanpa Henti.

"Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap 'ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama'.

"Dan Aeril terus mainkan video itu, lama-lama Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia dan jerit kesian mama!!!

"Ya ALLAH terharu saya sampai nak menangis... Macam siapa ajar dia ni?,

"Awak cuma tiga tahun sayang, tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa the moment. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila," tulisnya.

Bagaimanapun Wawa berkata, mereka sudah menjelaskan kepada anaknya bahawa situasi yang dilihatnya itu hanyalah sekadar lakonan.

"Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak... Ayah tengah jalani penggambaran," ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla. - Sinar Harian