Rakam Aksi Lucah Dalam Taksi Penumpang Kekasih Diburu Polis


POLIS kini sedang memburu satu pasangan yang didakwa merakamkan aksi mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah teksi di Bangkok dan berkongsi video tersebut dalam talian.

Kisah itu mendapat perhatian orang ramai pada Rabu apabila penerbit berita media sosial Taxi Report TH berkongsi paparan skrin video itu di laman Facebook mereka.

Enam gambar paparan skrin yang disiarkan menunjukkan seorang wanita yang memakai pakaian seragam pelajar sebuah universiti mendedahkan buah dadanya. Dia juga dilihat memakai korset hitam.

"Adakah orang Thai membongkok begitu rendah?," tanya pengendali halaman Facebook tersebut.

Khaosod melaporkan, ketika mereka mencari suspek, Jabatan Pengangkutan Darat (DLT) telah menyoal siasat pemandu teksi berkenaan yang hanya dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Pradit.

Walaupun hanya seorang individu dilihat dalam gambar di Facebook, menurut pemandu teksi itu, wanita itu tidak keseorangan sebaliknya menaiki teksinya bersama seorang lelaki.

Insiden berlaku sekitar pukul 10 pagi Rabu dengan kedua-dua mereka masuk ke dalam kenderaannya di Bangkok Metropolitan Administration General Hospital.

Dia mendakwa penumpang hanya diam sepanjang perjalanan sehingga mereka diturunkan di stesen MRT Khlong Toei, jadi dia tidak mengesyaki apa-apa tindakan luar biasa dilakukan di belakang kerusinya.

DLT sejak itu telah mengeluarkan amaran kepada semua pemandu teksi, mengarahkan mereka untuk melaporkan aktiviti tidak senonoh kepada pihak berkuasa dan memberi amaran kepada penumpang jika terdapat kejadian yang mencurigakan. - mStar Online