Fatimah Noryyah yang dipercayai berasal dari Kuala Lumpur, menyertai pertandingan Zhang Bichen Musim 5 2018 di China dan klip video nyanyiannya menerima respon di luar dugaan.
“Kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia ini mempunyai suara yang sangat hebat. Selepas dipimpin oleh guru muzik Zhang Bichen dan beberapa guru muzik yang lain, ekspresi dan suaranya amat menakjubkan.
“Seorang kanak-kanak cantik dengan paru-paru besi. Tak dapat dipercayai!,” tulis keterangan laman Youtube yang memuatnaik lagu tersebut. - Free Malaysia Today