Itu Bukan Gambar Saya, Nora Danish Nafi Gambar Bogelnya Tersebar


PELAKON, Nora Danish, 36, menerusi Instagram Story di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap netizen yang suka menjatuh dan mengaibkan orang.

Instagram Story itu ditulisnya selepas gambar bogel dikatakan mirip dirinya dikatakan tersebar.

“Sekarang apa? Gambar bogel pula. Bagaimana orang sekarang cepat betul ‘membawang’ mengenai sesuatu yang tidak pasti atau tidak benar,” tulisnya.

Tambah Nora lagi, dia juga berharap agar anak-anaknya dapat bertahan dengan sikap orang-orang sebegini.

“Kasihan dengan anak-anak saya. Harapnya, mereka kuat untuk berdepan dengan orang-orang yang suka menjatuh dan mengaibkan orang,” tulisnya lagi.

Dalam satu Instagram Story yang lain, Nora menulis bahawa apa yang dihadapinya tidak seteruk yang dihadapi orang rakan-rakannya.

“Apa yang saya hadapi tidak seteruk kawan-kawan yang lain. Jadi, saya jadikan ini sebagai peluang untuk mengucapkan terima kasih kerana memberikan kami pahala anda,” tulisnya.

Foto yang dikatakan mirip pelakon itu menunjukkan sosok tubuh wanita yang bergambar di depan tab mandi dengan refleks daripada cermin di depannya.

Gambar yang muncul dari Instagram Story itu juga menunjukkan bahawa ia dimuat naik di akaun Instagram Nora dengan kapsyen, ‘Its time… - Harian Metro