Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Ahmad Fedri Yahya melalui akaun Instagramnya terdapat satu perkongsian mengenai kisah rumah tangga wanita yang mana dia menghadapai kesulitan selepas berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai anak lelaki.
Menurutnya lelaki itu tidak bekerja, kaki perempuan, panas baran, ketagih ganja dan mengamalkan ilmu hitam.
Wanita itu juga terpaksa berhenti kerja setelah dipaksa oleh suaminya kerana terlalu cemburu.
Rumah arwah isterinya juga telah dijual namun duit hasil jualan rumah telah dihabiskan sekelip mata termasuk duit pampasan arwah isterinya.
Bermula satu saat yang sukar apabila lelaki itu jatuh sakit yang teruk akibat daripada amalan ilmu hitamnya.
Wanita itu menasihatkan suaminya untuk buang ilmu tersebut dan akhirnya dia kembali pulih dan berjanji untuk berubah.
Sikap panas barannya semakin berubah dan juga telah berhenti dari mengambil ganja.
Namun masih tidak bekerja dan duit belanja harian datang dari pencen arwah isterinya serta perangai kaki perempuannya tetap berterusan.
Isteri tersebut meminta bantuan sekiranya terdapat surah-surah yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati si suami. Editor:Anna