Pelakon yang popular menerusi filem 'Eiffel I'm in Love', Saphira Indah, meninggal dunia semalam pada usia 32 tahun.
Menerusi entri di Instagram (IG), penyanyi Melly Goeslaw berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Selamat menghadap Allah SWT @saphira_indah.
"Kami akan mengenangmu Uni sayang. Terima Kasih untuk tidak berdagang dan promosi di postingan saya yang ini," tulisnya.
Difahamkan Saphira kini sedang hamil lima bulan selepas dia berkongsi berita kehamilannya di akaun IG sejak beberapa bulan lalu.
Menurut laporan hot.detik.com, punca kematian Saphira tidak diketahui dan pihak berkuasa masih menyiasat perkara itu. - Astro Gempak