Gara-gara berang tidak dibenarkan memeriksa telefon milik isterinya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak leher wanita itu yang sarat hamil sebelum membelah perut dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa.
Ia berpunca apabila suspek yang dikenali sebagai, Romi Sepriawan, 30 marah kepada isterinya yang dikenali sebagai Erni Susanti, 29, kerana tidak membenarkan Romi melihat handphone dan berlaku pertengkaran antara pasang itu.
Setelah bertangkar dangan Erni, Romi telah keluar dari rumah dan meminjam parang milik jiran sebelah rumah dengan alasan untuk digunakan membuka kelapa.
Setelah itu Erni terbangun dari tidur dan melihat Romi ada disebelahnya, kemudian berlaku pertengkaran antara pasang itu semula.
Romi terus mencapai parang yang sembunyikan itu dan terus menebas leher Erni yang sedang baring itu.
kemudian Romi membela perut Erni yang dalam keadaan hamil dan mengambil anak yang ada didalam perut Erni itu.
Selepas menebas leher isteri, Romi keluar rumah dan sempat memberitahu jiran sebelah rumah dan Romi terus melarikan diri.
Walaupun cuba melarikan diri namun Romi telah berjaya ditahan polis di Tanjung Jaya Kota Bengkulu.