Dalam foto tersebut, beliau memandang ke hadapan dengan keningnya terangkat tanda kerisauan sambil menggenggam tangannya.
Ketika foto itu dirakamkan, Ardern diam tanpa menujukkan apa-apa reaksi dan hanya fokus mendengar.
Gambar yang disebarkan ke seluruh dunia itu dirakamkan oleh jurugambar Majlis Perbandaran Christchurch, Kirk Hargreaves dan disebarkan oleh rangkaian berita di Asia.
Hargreaves yang pernah berkerja untuk akhbar Christchurch, The Press sedang berdiri di luar dewan komuniti ketika dia melihat riak wajah sugul Ardern melalui tingkap.
Ardern dilaporkan menyertai mesyuarat berkenaan sejurus tiba dari Wellington.
“Sifat empati manusia dan sifat-sifat menakjubkan lain yang beliau tunjukkan didalam gambar tersebut, saya gembira kerana orang ramai dapat berhubung dengannya,” kata Hargreaves.
Foto yang pada mulanya dikongsi dilaman sosial Twitter itu dimuat naik tanpa melalui sebarang suntingan. - Astro AWANI