Menyahut cabaran kempen Hijab 30 sepanjang Ramadan, penyanyi Zizi Kirana pelik dengan perangai segelintir lelaki yang didakwa kurang adab apabila melayangkan mesej tidak senonoh biarpun dirinya bertudung sejak hari pertama berpuasa.
Zizi pelik mendapati masih ada lelaki yang meninggalkan mesej bukan-bukan kepadanya biarpun berimej sopan sejak awal Ramadan.
“Saya perhatikan sahaja lelaki-lelaki ‘tandus’ dan ‘cacat otak’ yang masih meninggalkan komen pada entri atau mesej peribadi yang entah apa-apa.
“Pelik sebab saya menjaga cara berpakaian dan berhijab sepanjang Ramadan lalu. Lelaki seperti ini memang bermasalah,” katanya kepada BH Online.
Zizi kesal segelintir lelaki terbabit tidak menghormatinya sebagai wanita hingga tergamak melayang mesej bukan-bukan.
Sementara itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu bersyukur berjaya menyahut cabaran Hijab 30 sejak awal Ramadan.
Zizi berkata, langkah itu dianggap permulaan untuk dirinya membiasakan diri menutup aurat selain menjadi muslimah sempurna.
“Alhamdulillah, kempen Hijab 30 terlaksana dengan jaya. Saya mampu bertahan malah sehingga sekarang selesa bertudung.
“Insya-Allah, apabila zahir dan batin cukup bersedia, saya akan bertudung,” janjinya.
Sebelum ini, Mizz Nina mengajak wanita Islam di Malaysia bertudung sepanjang Ramadan melalui program Cabaran Hijab 30.
Selain mahu wanita Islam membiasakan diri dengan hijab, kempen itu dilancarkan bagi membanteras gejala Islamophobia dalam kalangan penduduk dunia.
Malah, cabaran itu terbuka kepada penganut agama lain untuk merasai pengalaman berhija - Berita Harian Online