Jenna Evans, 29, dari San Diego, California memberitahu bahawa dia mengalami mimpi ngeri hingga terpaksa menelan cincin tersebut kerana mahu melindunginya daripada 'orang jahat' didalam mimpinya itu.
Wanita tersebut hanya menyedari kehilangan cicinnya itu apabila dia bangun dari tidur cincin tersebut telah pun tiada dan dia tidak menyangka dia benar-benar sudah menelannya.
Evans kemudiannya bersama tunangnya, Bobby Howell terus pergi ke hospital dan menjalani pemeriksaan sinar X sebelum mendapati cincin 2.4 karat itu berada di dalam perutnya.
Doktor telah menyarankan agar wanita itu melakukan prosedur endoskopi untuk mengeluarkan cincin itu dan turut memintanya supaya menandatangani borang terlebih dahulu jika dia meninggal dunia ketika prosedur tersebut dilakukan.
"Saya menangis semahunya kerana saya fikir akan mati. Saya tunggu masa yang sangat lama untuk cincin pertunangan itu dan saya akan mengahwini Howell," ujarnya.
Cincin itu ditemui di dalam usus Evans dan Howell telah mengembalikan semula cincin itu kepadanya.
"Saya sangat bersyukur. Semua orang boleh ketawa tentang perkara itu kerana ia sangat lucu," kata Jenna.