Suami Pelakon Kantoi Jalin Hubungan Sulit Dengan Ibu Mertua Sendiri.


Taiwan - Malang bagi seorang pelakon wanita terkenal apabila suaminya tergamak berlaku curang dengan ibu pelakon itu sendiri selepas 7 tahun usia perkahwinan mereka.

Pelakon dari Taiwan tersebut yang dikenali sebagai Jiang Ping dikatakan telah berkahwin dengan seorang penulis skrip yang berusia 14 tahun lebih tua darinya selepas setahun mereka bercinta.

Apa yang lebih mengecewakannya apabila suaminya itu tergamak berlaku curang dengan ibu Jiang sendiri sehingga akhirnya pelakon cantik tersebut mengambil keputusan untuk menceraikan suaminya kira-kira 20 tahun yang lalu.

Cerita mengejutkan mengenai kecurangan bekas suaminya itu diceritakan oleh Jiang dalam sebuah program talkshow pada hari ini apabila dia mengimbas kembali kehidupannya.

Jiang memberitahu bahawa suaminya itu berubah selepas 7 tahun usia perkahwinan mereka apabila dia dapat merasakan perhatian serta cintasuaminya itu semakin berkurangan sehinggalah dia bertemu dengan peramal yang memberitahu bahawa suaminya telah berlaku curang dibelakangnya.

Jiang langsung bertanya kepada suaminya secara bersemuka dan suaminya itu malah mengakui bahawa dia telah berlaku curang, apa yang lebih mengejutkan suaminya itu mengakui bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan ibu Jiang sendiri.

"Jika saya tidak, ibu anda akan berhubungan sulit dengan orang lain," katanya kepada Jiang.

Jiang kemudian bertanyakan bagaimana permulaan semua ini boleh berlaku.

"Pada masa itu, ibu saya sakit dan mahu pergi untuk urut."

"Suami saya berkata dia juga tahu bagaimana untuk melakukannya (urut) dan mula membantu."

"Mereka akhirnya melakukan seks," cerita itu dipetik dari Straitstimes.com.

Jiang juga mengatakan bahawa umur adalah salah satu faktor yang membawa hubungan suaminya dengan ibunya.

"Dia lebih tua dari saya tetapi perbezaan umur antara dia dan ibu saya hanya 7 tahun, jadi mereka boleh berkomunikasi dengan mudah," katanya.

Namun Jiang masih berharap untuk menyelamatkan perkahwinannya, Jiang dan suaminya akhirnya berpindah ke rumah lain tetapi hubungan mereka lebih bertambah buruk apabila suaminya meminta agar Jiang memberikannya duit lebih banyak.

"Saya sakit dan saya berfikir tentang menceraikannya."

"Tetapi dia menolak. Siapa yang mahu melakukannya, jika ada seseorang yang menyokong hidup anda?" Kata suami Jiang.

Suaminya kemudian mengugut Jiang bahawa dia akan mengambil hak penjagan anak-anaknya jika mereka berpisah.

Demi kesihatan mentalnyaakhirnya Jiang menyetujui syarat yang diberikan oleh suaminya itu.

"Saya tidak perlu menyembunyikan apa-apa dan bukan salah saya," kata Jiang sambil menangis.