Wanita Hamil 6 Bulan Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Majlis Perkahwinannya Sendiri 😭😭😭


BENARLAH, jodoh dan maut di tangan tuhan, seorang pengantin perempuan meninggal dunia beberapa minit sebelum disatukan dengan bakal suami.

Jessica Guedes, 30, yang mengandung enam bulan pada mulanya nampak sihat sebelum mengadu sakit ketika dalam perjalanan ke gereja di Sao Paulo, pada Ahad.

Menurut laporan media antarabangsa, keluarganya menyangka dia hanya bimbang mengenai majlis yang akan berlangsung selepas mengadu sakit kepala dan leher.

Namun apa yang mereka tidak sedar ialah mangsa sebenarnya mengalami preeklamsia iaitu sejenis gangguan semasa kehamilan.

Tunangnya yang merupakan seorang ahli bomba, Leftenan Flavio Gonçalvez, 31, agak pelik dengan kelewatan yang berlaku.

Majlis mula kecoh apabila berita tentang bakal pengantin pengsan di dalam kereta tersebar.
"Semasa tiba di kereta, dia kata okey, cuma sakit di bahagian leher.

"Rakan-rakan saya yang hadir pada majlis itu turut datang membantu saya," kata Flavio kepada media.

Setibanya di hospital, doktor bagaimanapun mengesahkan Jessica meninggal dunia akibat strok berpunca daripada preeklamsia.

Jessica meninggalkan tunangnya bersama seorang anak perempuan mereka yang baru lahir melalui pembedahan. - Astro AWANI