ROME: Pasangan suami isteri terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kediaman mereka, selepas dikejutkan oleh kucing peliharaan.
“Isteri saya tersedar apabila Simba dan Mose, iaitu kucing peliharaan kami, membuat bising serta mengejutkan kami.
“Beliau melihat kucing itu sedang bermain dengan sekeping campuran kapur yang jatuh dari siling.
“Ketika itulah kami melihat ada rekahan pada dinding,” kata Claudio Piana kepada akhbar Secolo XIX.
Piana dan isterinya, Sabrina Pellegrini tinggal di Campo Ligure.
Berikutan itu, Piana dan Pellegrini terus bergegas keluar menuju ke kereta mereka, tetapi terperangkap dalam lautan lumpur, sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.
“Sekarang kami tidak mempunyai apa-apa lagi. Anggota bomba berkata kami tidak boleh pulang ke rumah, kerana ia terlalu berbahaya.
“Tetapi sekurang-kurangnya Simba dan Mose terselamat,” kata Piana.
Ketika ini, kawasan utara Itali sedang dilanda ribut kuat yang mengakibatkan seorang pemandu teksi maut, selain memaksa puluhan penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Hujan lebat yang melanda wilayah Liguria mengakibatkan air sungai melimpah, hingga menghanyutkan jambatan dan mencetuskan kejadian tanah runtuh. - Berita Harian Online