Sebut sahaja Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen pasti semua amat mengenali pelakon cantik manis ini yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan.
Semenjak berkecimpung dalam dunia hiburan ini telah banyak dugaan serta cabaran yang di tempuhi oleh beliau sehingga kini tetapi semenjak Nelydia Senrose iaitu adiknya telah memilih untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangannya, Uqasha dilihat mendiamkan diri seketika kerana sedang sibuk dalam penggambaran drama terbarunya yang bakal ditayangkan.
Walaupun adik beradiknya yang lain telahpun memiliki teman tetapi tidak bagi Uqasha yang sehingga kini masih belum mempunyai teman lelaki, naun itu tidak bermakna bahawa Uqasha menghadkan mana-mana lelaki untuk mengenalinya.
Terbaru mengenai Uqasha adalah apabila kecoh di media sosial apabila satu video di Instagramnya yang memaparkan dia telah memeluk seorang lelaki dikecam oleh netizen kerana dikatakan video terbabit menunjukkan Uqasha sebenarnya telah memeluk dan mencium adik iparnya iaitu suami kepada Nelydia.
Sedangkan didalam Islam sendiri telah menyebut mengenai penghadkan interaksi antara wanita dan lelaki kerana ianya akan mendatangkan pelbagai fitnah serta kemaslahatan.
Walaupun hubungan antara ipar duai sekalipun telah diterangkan akan interaksi serta adab dalam hubungan kekeluargaan yang sepatutnya dicega agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari dari sudut mana sekalipun.
Sementara itu, menurut Imam Nawawi juga ada menyebut perumpamaan bahawa ‘ipar adalah kematian’ yang membawa makna adalah kekhawatiran darinya lebih banyak daripada selainnya, keburukan bisa terjadi darinya, dan fitnah lebih banyak, kerana ipar memungkinkan untuk bisa sampai kepada perempuan dan berdua (berkhalwat) dengannya tanpa ada yang mengingkarinya.
Walaubagaimanapun selepas video tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada rata-rata netizen yang mengecam tindakan Uqasha tersebut namun Uqasha hanya memilih untuk memdamkan kesemua komen tersebut berbanding memadamkan video terbabit yang mendatangkan fitnah kepadanya.
Berikut merupakan antara komen netizen terhadapnya:
mrsqatek: Haram ttp haram…
maywong202: Mmg kuarga dia org ni x tau ke halal haram nya…
ellena.0430: Lebih memilih memadam komen dari memadam video ni.
Walau apa pun kami sentiasa akan mendoakan yang terbaik buat Uqasha dan keluarga kerana melihatkan kepada pengakhiran video tersebut kelihatan riak wajah Nelydia seakan kurang menyenangi serta seakan-akan tidak selesa dengan tindakan kakaknya itu.