Buat pertama kalinya, pelakon Elfira Loy mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf dengan jelas.
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Elfira berkongsi foto berkenaan selepas tempoh berpantangnya tamat.
"Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari terakhir ibu saya berpantang.
"Yahoo saya dah boleh keluar. @muhamadrayyankhalafofficial," tulisnya.
Foto tersebut mendapat perhatian pengikut Elfira yang rata-rata memuji wajah anaknya kacak walaupun masih bayi.
"@puananissuhailah: Muka ayah dia sangat."
"@zaineyazneyra_: Chinese look la baby."
"@wanyfizan_: He's too cute."
"@saraasfiah: Cutenya baby boy."
"@syahirahkasim: Handsome boy," puji pengikutnya.
Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu. - Astro Gempak