Tegas Fasha populariti bukan kepentingannya kerana keselamatan dirinya serta anak-anak perlu diutamakan.
"Assalamualaikum, ini gambar diambil secara curi dan posting ni dibuat oleh Siti Sara di Facebook (mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat)
"Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.
"First of all, terima kasih Siti Sara di atas posting ini.
"Ingin saya jelaskan di sini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak-anak bukan undi anugerah.
"Ingin saya jelaskan di sini ya, ya saya memang berubah menjadi sombong di situasi ini, demi keselamatan saya dan anak-anak.
"Peminat yang tak faham tentang saya, sila hadam jawapan saya jangan ganggu saya ketika :
1. "Ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat saya, kerana tanggungjawab menjaga anak ni bukan tugas yang mudah, seminit terleka, anak boleh hilang!
2. "Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan, sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.
3. "Di kaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak.
4. "Ketika saya sedang mengadap rezeki makan dengan keluarga saya.
"Ingat ya, selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya. Tugas saya sebagai ibu dan isteri adalah nombor satu," tulisnya.
Fasha berkongsi di Instagram (IG)nya beserta 'screenshot' bukti yang ditulis oleh Sara.
Dalam pada itu, Fasha menyatakan artis bukan milik masyarakat sepenuhnya.
Isteri kepada pelakon Aidil Aziz turut berpesan supaya menjadi seorang peminat yang bijak dalam mengikut kesesuaian masa.
"Artis bukan milik masyarakat, kami milik Allah dan keluarga kami.
"Jadilah peminat yang bijak, tengoklah masa sesuai nak minta selfie, orang lain beribu-ribu dapat je berselfie dengan saya.
"Masa awak mintak ni tak kena masa, lepas tu nak viral burukkan artis.
"Hina muka saya, hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar. Sejujurnya awak telah fitnah saya.
"Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak-anak saya sekejap.
"Lepas saya bayar dan lepas anak-anak saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. Lilahi Taala.
"Apapun terima kasih. Saya harap penjelasan ini jelas, dan semoga peminat dapat guna otak bila masa sesuai nak bergambar dengan artis terutama artis yang dah ada ramai anak. Jadilah peminat yang bijak. Terima kasih @wlfs4eva," tulisnya lagi. - Astro AWANI