Isterinya, Paula Verhoeven selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram.
Sempena kelahiran anaknya itu, Baim dan isteri memilih nama anaknya sebagai Kiano Tiger Wong dan sudah pun menciptakan satu akaun Instagram khas.
Menurut laporan portal Pop Mama, Baim menjelaskan maksud nama anaknya dan mengapa diberi nama haiwan iaitu harimau.
“Tiger tu orang kata nama haiwan tapi buat saya bukan. Ia membawa maksud yang besar.
“Maksudnya tiger itu adalah pemimpin, pemimpin kepada semua haiwan. Saya mengambil maksudnya sebagai pemimpin yang bijaksana.
“Saya mahu dia menjadi pemimpin sebenar seperti gabenor atau presiden,” katanya.
Sementara itu, nama Kiano pula bermaksud beruntung dan cerdas.
"Kiano itu beruntung dan cerdas. Maksudnya orang yang cerdas, sabar dan juga pasti ada faktor beruntung.
“Apa yang penting semua maksudnya yang baiklah," jelasnya lagi.
Mei lalu, Baim baru sahaja muncul dalam sebuah drama Melayu berjudul Bukan Cinta Aku yang menggandingkannya dengan Janna Nick.
Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018. - Astro AWANI