Menurut polis tempatan di Probolinggo, Jawa Timur, Nur Faida (30) pada awalnya hanya berperang mulut dengan suaminya Syamsul Arifin (34) dan di kediaman mereka di Desa Kalibuntu.
“Mereka bertengkar soal duit. Nur Faida turut mengesyaki Syamsul Arifin menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
“Semasa bertengkar, Nur Faida memukul Syamsul Arifin sehingga tersungkur dan kepalanya terhantuk di bucu meja.
Pada waktu itulah dia memijak kemaluan suaminya sehingga lelaki itu pengsan,” kata polis kepada Kompas.com.
Syamsul Arifin kemudiannya dibawa ke hospital sementara Nur Faida berjaya diberkas.
Suspek turut berdepan tuduhan keganasan rumah tangga yang difailkan oleh keluarga suaminya.
Bagaimanapun, kes berkenaan masih disiasat dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya keadaan mangsa stabil.
Sekiranya keadaan mangsa bertambah teruk, hukuman penjara boleh dikenakan sehingga 10 tahun. - Astro AWANI