Insiden serangan harimau ini adalah kali ketiga berlaku tidak sampai tempoh sebulan.
Polis berkata, lelaki berusia 55 tahun diserang haiwan itu di ladang kopi terletak di wilayah Sumatera Selatan, semalam.
Katanya, semasa kejadian rakan mangsa menjerit untuk memberi amaran dia didekati haiwan terbabit.
“Secara tiba-tiba, harimau menerkam mangsa,” kata ketua polis tempatan, Ferry Harahap memberitahu AFP hari ini.
Serangan dahsyat itu berlaku selepas beberapa minggu seekor harimau membunuh seorang lagi peladang di Pagaralam.
Sementara itu, pegawai agensi pemuliharaan tempatan, Martialis Puspito berkata, serangan berlaku kerana manusia menceroboh habitat haiwan terancam itu selain penduduk diberi amaran supaya menjauhi kawasan hutan. - Berita Harian Online