Tindakan terdesak yang berjaya dirakamkan itu tular di media sosial dan dipercayai dilakukan susulan topeng muka yang dijual di wilayah itu sudah habis terjual akibat penularan wabak tersebut.
Dalam pada itu, seorang individu dalam video tersebut menjelaskan mengapa penduduk di sini mula menutup hidung dan mulut mereka menggunakan tuala wanita, lapor Daily Star yang memetik sumber
“Keadaan di Wuhan sekarang ini sangat sulit yang menyebabkan penduduk di sini terdesak untuk melakukan apa sahaja.
“Kami buat kerana kami tidak mahu kami jatuh sakit akibat koronavirus yang semakin menular di sini. Kami amat takut kami menjadi mangsa kepada virus tersebut,” katanya.
Terdahulu, Wuhan diletakkan dalam kuarantin termasuk penerbangan dan perkhidmatan kereta api keluar dari bandar itu ditangguhkan.
Pengangkutan bawah tanah dihentikan dan acara awam yang besar dibatalkan manakala doktor mengenakan pakaian pelindung penuh ketika merawat pesakit dijangkiti virus berkenaan.
Wabak itu bukan saja sudah merebak ke kawasan luar Wuhan di China tetapi juga negara lain dengan mencatatkan 26 kematian dan lebih 860 mangsa dijangkiti setakat ini. - Sinar Harian