Namun begitu ianya adalah fakta sejarah yang sememangnya tidak dapat dinafikan kerana pada tahun-tahun tersebut, sememangnya ada penularan wabak penyakit yang menggembarkan seluruh dunia
Pada tahun 1720, dunia diperlihatkan dengan penularan wabak The Great Plague of Merseille yang membunuh kira-kira 100 ribu orang di Merseille, Perancis. Penyakit ini disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit ini
Pada tahun 1820 pula, dunia diperlihatkan dengan penyebaran penyakit kolera ke negara-negara Asia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hinda Timur Belanda). Wabak ini dikenalpasti berpunca daripada air dikawasan tasik-tasik tercemar. Penyakit ini menyebabkan kira-kira 100 orang terkorban ketika itu
Apa yang lebih mengejutkan dunia ialah penularan wabak Spanish Flu pada tahun 1920 iaitu 100 tahun dahulu. Penyakit ini dicatatkan sebagai penyakit paling berbahaya dalam sejarah berikutan angka kematian mencapai 100 juta orang disebabkan penyakit itu
Kini di tahun 2020, dunia sekali lagi dikejutkan dengan menyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China dengan keupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini, beberapa negera di seluruh dunia telah terkesan dengan penyakit ini termasuk negara jiran seperti Thailand dan Singapura
Adakah sejarah penyakit ini akan terus berulang setiap 100 tahun atau hanya kebetulan???
Jangan tanya aku, aku pun copy paste from Firqah.attarikh
Sekadar berkongsi
SHY - HTPC Honeyjuna keluar minggu depan