Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Huda, berkata dia yang berada berdekatan terkejut melihat bayi itu menangis.
“Saya terus mendekati bayi berkenaan dan melihat pergelangan tangannya tersepit. Mujur ada orang awam cepat menutup suis tangga bergerak berkenaan.
“Lebih 30 minit bayi itu menanggung kesakitan sebelum tangan kirinya berjaya dikeluarkan oleh pihak penyelenggaraan pasar raya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, pihak penyelenggaraan pasar raya berkenaan memaklumkan, bayi itu tidak mengalami kecederaan serius tetapi tetap dibawa ke Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana) dan menerima rawatan pesakit luar.
Video kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam menyaksikan bayi lelaki itu menangis kesakitan kerana tangan kirinya tersepit bahagian bawah pemegang tangga bergerak.
Seorang lelaki dipercayai bapanya pula dilihat memeluk bayi itu bagi menenangkan mangsa sambil dikerumuni orang ramai.