Peh Chong Wee, 59, ditahan polis kerana membuat kecoh ketika mengutip hutang itu bagi pihak pelanggannya selain bergelut dengan anggota polis yang cuba menenangkannya.
Dia yang dibebaskan dengan ikat jamin, kembali ke lokasi sama dengan gambar muka penghutang dilekat di hadapan dan belakang bajunya, untuk mengutip hutang.
Rabu lalu, Chong Wee yang memiliki syarikat kutipan hutang Guarantee Debts Collection Service, dihukum penjara lima minggu selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mengganggu dan satu tuduhan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.
Dokumen mahkamah menunjukkan dia dan seorang lagi pengutip hutang, Koh Yew Ghee, diupah Lena Lee untuk mengutip hutang bagi pihak LM Tech Engineering and Construction, daripada PSP Solutions Engineering, pada April tahun lalu.
Lee memberikan butiran pengarah PSP Solutions Engineering, Ooi Swee Khoon, kepada Chong Wee dan Yew Ghee Peh, yang pergi ke pejabat berkenaan untuk mengutip hutang yang tidak diketahui jumlahnya.
Hakim Toh Han Li, turut mengambil kira empat lagi tuduhan terhadap Chong Wee kerana melakukan gangguan yang sama pada masa lalu, sebelum menjatuhkan hukuman.
Dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga $5,000 (RM15,106) jika sabit kesalahan. - Berita Harian Online