InsyaAllah Kita Akan Dipandu. Atas Kebaikan Dan Kesabaran

Ada masalah rumahtangga pergi upload cerita dekat FB. Masalah dengan suami pun upload. Marah dengan isteri pun upload. Minta orang ramai komen. Tanya apa nak kena buat.

Lepas tu mengeluh tengok orang lain bahagia sahaja tak ada gaduh. Elok pula bergurau sana sini. Selfie sakan. Rasa rumahtangga sendiri tak bahagia.

Baik, dia begini.

Orang lain yang nampak bahagia tu tak cerita hal bergaduh dengan pasangan dekat FB. Rumahtangga mana pun akan ada berperang dia. Ada hari bergolaknya.

Cuma bila sedang dalam situasi tu, selesaikan dengan pasangan. Dan hal itu disimpan baik-baik antara suami isteri. Dalam rumah memang tengah bertekak. Dekat luar elok aja senyum macam tak ada apa jadi.

Betul kadang kita buntu. Nak bertanya ke orang lain apa seterusnya yang kita kena lakukan. Tapi percayalah, media social bukanlah tempatnya. Lagi pula bila kita tulis secara umum.

Teringat Ummi selalu pesan, sebagai suami kalau jadi apa-apa dalam rumahtangga, bercakaplah dengan Allah. Mengadu dan bertanyalah kepada Dia setiap kali kita nak buat apa-apa keputusan.

InsyaAllah kita akan dipandu. Atas kebaikan dan kesabaran.

Begitulah.

Penulis asal: Firdaus Mokhtar