Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek tidak berpuas hati terhadap anak tiri yang menghalaunya keluar dari rumah.
"Suspek kemudian membakar motosikal milik anak tirinya, namun api marak sehingga tiga motosikal lain turut terbakar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini.
Nurulhuda berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek berkenaan semalam.
"Siasatan mendapati lelaki berkenaan telah tinggal di Malaysia sejak 14 tahun lalu," katanya.
Dalam kejadian pada jam 4.40 pagi itu, dua buah motosikal hangus terbakar dan dua lagi 20 peratus terbakar serta kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000. - Sinar Harian