Kisah itu mendapat perhatian netizen setelah Bowen Suico memuat naik dua foto memaparkan dia sedang menyambut kelahiran adik lelakinya di Twitter pada 2 Januari lalu.
"Ibu saya melahirkan bayi dan saya membantu menyambut kelahiran adik saya sendiri di rumah.
"Sangat tidak sangka! Saya melihat sendiri ibu melahirkan adik dan saya menyambut kelahirannya. Saya berfikir banyak kali tetapi ibu sangat memerlukan saya," katanya.
Pada hantaran sama, Bowen Suico memberitahu, ibunya merupakan seorang jururawat dan membantunya dalam proses kelahiran tersebut.
"Ibu memberitahu saya apa yang perlu dilakukan dan ibu juga memiliki pengalaman kerana telah melalui proses kelahiran sebanyak lapan kali dan pastinya sudah ada pengalaman luar biasa.
"Saya berasa syukur semuanya selamat, ibu, bayi semua baik sahaja. Selamat datang ke dunia Bjenz!," ciapnya.
Bowen Suico berkata, pasukan perubatan turut berada di rumahnya sejurus selesai kelahiran dan memberi rawatan selanjutnya kepada ibu dan adiknya.
"Itu menakjubkan! Tahniah! Saya tidak boleh bayangkan apa berlaku tapi awak sangat bagus," kata @sethur.
@_tinnersss, "Lelaki yang hebat! Semasa membaca status kamu dan kelihatan sangat tenang semasa melakukannya," ciapnya. - Sinar Harian