Dilaporkan, seramai 16,000 peserta program itu terdiri daripada 14,500 warga Malaysia, manakala 1,500 peserta warga asing dari 25 negara.
Saban hari, pihak kerajaan merayu agar jemaah tabligh membuat saringan kesihatan, sehingga menyebabkan golongan ini dikecam ramai.
Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar.
Namun di sebalik pelbagai pandangan dan kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap ahli tabligh, seorang jururawat sebak berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit tabligh yang positif Covid-19.
Kebanyakkan jemaah tabligh membawa imej berkopiah.
Menerusi aplikasi ‘story’ yang dikongsikannya menerusi WhatsApp sehingga menjadi tular, jururawat itu menggambarkan suasana wad yang dipenuhi pesakit jemaah tabligh.
“Bila masuk dalam wad itu, macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah, ada yang berkopiah dan berserban… semua tersenyum saja.
“Ada yang bertongkat seperti tok guru (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz, ada yang sebaya dengan ayah kita, datuk kita.
“Sedih, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad Covid-19 itu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi,” katanya.
Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini.
Malah, jururawat itu menyifatkan pesakit positif Covid-19 yang terlantar di wad cukup menyenangkan mereka sebagai petugas barisan hadapan
Tak ada muka yang berkerut, tak ada marah-marah. Semua bercakap lembut.
Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini,” katanya meluahkan perasaan.
Luahan seorang jururawat yang mengendalikan pesakit Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh.
Menurut jururawat berkenaan, dia turut tersentuh apabila segelintir mereka sedia menghulurkan bantuan dalam keadaan yang genting itu.
Mereka siap tanya lagi ‘ada apa lagi yang kami boleh tolong. Kadang-kadang terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia-manusia yang jahat dekat muka bumi ini dengan mereka.
Tapi nak buat macam mana, Allah lebih mengetahui orang-orang beragama yang beriman selalu diuji,” tambahnya.
Jururawat mempunyai persepsi yang berbeza mengenai jemaah tabligh yang dikritik banyak pihak.
Walaupun kepenatan menjaga 30 pesakit, tetapi jururawat tersebut lebih berasa simpati terhadap kumpulan pesakit jemaah tabligh.
Ya letih memang letih, tapi rasa simpati dan kasihan itu lebih tinggi. Mereka langsung tak menyusahkan, semuanya sangat-sangat baik. Sudah-sudahlah kecam golongan tabligh,” katanya.
Pada masa sama, jururawat itu turut mendoakan agar kesemua pesakit positif Covid-19 segera sembuh dan segala urusan untuk merawat mereka berjalan lancar.
Janganlah diambil nyawa mereka semua sebab mereka sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan, ujarnya. -Sumber,Tips&infomasiterkini