Menurut Anzalna yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees, 1, dia memahami betapa pentingnya barangan keperluan tersebut untuk anak kecil dan terpanggil untuk memberikan sumbangan.
“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan.
“Please DM (direct mesaage) atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page,” tulisnya di laman Instagramnya semalam.
Sikap prihatin Anzalna kepada golongan yang memerlukan seharusnya menjadi contoh kepada artis-artis lain yang berkemampuan untuk turut sama membantu mereka yang kini berada dalam kesusahan. - Sinar Harian