Menerusi laporan Detik News, Cinta Aditia, 22, menyifatkan ujian negatif Covid-19 adalah hadiah paling indah buat dirinya.
Lebih indah dan bahagia apabila menerima kejutan kek hari lahir dari petugas perubatan hospital tersebut.
Rakaman video menyambut ulang tahun hari lahirnya itu tular di laman sosial.
Rata-rata netizen teruja dan tersentuh hati apabila pesakit diraikan oleh petugas perubatan sedangkan mereka penat menjaga pesakit.
Video itu jelas menunjukkan Cinta menangis apabila diminta untuk meniup lilin pada kek yang dipegang oleh petugas perubatan yang memakai pakaian khas (PPE).
"Ya, semalam pada hari Ahad, sebelum saya menerima keputusan ujian swab dan akhirnya dibenarkan pulang, mereka sambut hari lahir saya," kata Cinta kepada Detik News
Dia mengucapkan terima kasih kepada para petugas perubatan di atas layanan mesra mereka sepanjang dirinya berada di hospital tersebut. - Sinar Harian