Kisah pilu itu mendapat perhatian seorang peguam, Hotman Paris, lapor Tribun News.
Melalui Instagram miliknya, Hotman Paris menerima berita mengenai lelaki bernam Ason Sopian yang berkeliaran menjual telefon bimbit yang rosak.
"Ason menjual telefon bimbit yang rosak bersebab kerana mahu membeli beras untuk anak-anaknya.
"Mereka kelaparan saat wabak koronavirus, Ason menjual dengan harga Rp10 ribu (RM2.76) agar dapat membeli beras," tulisnya.
Atas keprihatinan, Hotman memohon kepada peniaga di Batam agar membantu keluarga Ason dengan memberi 10kg beras.
Selain itu, Ketua AKBP Polis daerah Barelang, Purwadi W Anggoro segera memberikan bantuan berupa makanan dan wang tunai kepada Ason Sopian sebaik dimaklumkan. - Sinar Harian