Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata dalam kejadian 3.15 petang, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan dalam SJR ketika menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.
"Pada awalnya, suspek gagal memberi keterangan munasabah untuk keluar rumah menyebabkan anggota operasi memintanya untuk berpatah balik.
"Suspek enggan berpatah balik, sebaliknya cuba memberikan wang RM50 untuk melepasi SJR, namun anggota operasi memberi amaran perbuatan itu salah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adzli berkata, suspek cuba memecut kenderaannya melepasi SJR namun gagal apabila dia berjaya ditangkap.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dikatakan keluar dari rumahnya untuk ke Pasaraya Amanjaya, di sini yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya bagi membeli barang makanan.
Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes berkenaan untuk menjalankan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 3) 2020.
"Suspek yang juga pemegang kad UNHCR direman di bawah Akta Imigresen, - Berita Harian Online