Berikut merupakan beberapa perkara menarik yang masih menjadi misteri di dalam sejarah dunia.
1 Burung Moa
Menurut teori, kepupusan burung ini adalah berpunca daripada pembunuhan yang dilakukan oleh kaum Maori. satu ekspedisi yang dijalankan pada abad ke-20, para saintis telah menemui kuku haiwan gergasi ini dan telah mengawetnya
2 Kompleks Kuil Saksaywaman, Peru
Batu binaan kompleks kuil zaman purba ini telah dibina dengan sangat sempurna. Dikatakan, sehelai kertas pun sukar untuk menembusi celahan batuan tersebut. Setiap blok batuan ini mempunyai permukaan yang licin dengan bucu yang bulat dan tidak tajam. Bagaimana ia dibina, tiada siapa yang mengetahuinya.
3 Gate of The Sun, Bolivia
Gate of The Sun terletak di Tiwanaku, sebuah bandar purba dan penuh misteri di Bolivia. Beberapa ahli arkeologi mempercayai bahawa ia merupakan pusat empayar terbesar di zaman millenium yang pertama. Namun begitu, Simbol yang terukir pada Pagar tersebut masih belum dapat difahami maksudnya.
4 Gua Longyou, China
Gua daripada batu pasir ini, dipahat dengan mengunakan kerja tangan tanpa menggunakan sebarang alatan canggih serta tugasan yang berat ini memerlukan tenaga buruh seramai 1,000 orang. Walau bagaimanapun, di dalam rekod sejarah tidak pernah mencatatkan tentang kaedah serta fakta mengenai gua tersebut.
5 Tugu peringatan tidak siap, Mesir
Tugu ini pada mula diukir daripada batuan tetapi tiba-tiba ia mula merekah dan pecah. Selepas itu, binaan ukiran tugu ini terbiar begitu sahaja tanpa disiapkan sehingga hari ini.
6 Bandar di bawah air di Yonaguni, Jepun
Kompleks purba ini ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pengajar menyelam bernama Kihachiro Aratake. Penemuan bandar di bawah air ini telah mengejutkan para saintis dan melawan semua teori saintifik. Ukiran batuan ini dipercayai telah tenggelam di dalam air semenjak 10,000 tahun yang lalu iaitu sebelum piramid Mesir didirikan.
Beberapa ahli arkeologi percaya bahawa masyarakat semasa zaman primitif tinggal di dalam gua dan lebih cenderung untuk memakan akar tumbuhan berbanding melakukan kegiatan memburu, Justeru binaan bangunan di dalam air adalah sesuatu yang sangat misteri dan tidak dapat di rungkai misteri pembinaannya.
7 Mohenjo-daro (Banjaran Orang Mati), Pakistan
Rahsia kejatuhan bandar ini benar-benar membingungkan pakar selama berdekad lamanya. Pada tahun 1922, seorang ahli arkeologi India iaitu R.D. Banerji telah menemui salah satu kemusnahan pada zaman purba di sebuah pulau yang terletak di Lembah Indus.
Persoalannya, bagaimana bandar agung ini mengalami kemusnahan? Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada para penduduknya? Walaupun banyak penggalian sejarah telah dilakukan, jawapan kepada persoalan ini masih belum ditemui.
8 L’Anse aux Meadows, Kanada
Tapak arkeologi di Kanada ini dahulunya pernah menjadi penempatan bagi kaum Viking sejak ribuan tahun yang lalu. Kewujudan kawasan ini menunjukkan bahawa masyarakat nelayan Scandinavia telah sampai ke Utara Amerika sebelum kelahiran Christopher Columbus.
9 Terowong Zaman Batu
Penemuan terowong bawah tanah yang melintasi seluruh negara Eropah iaitu dari Scotland hingga ke Turki menunjukkan masyarakat Zaman Batu bukanlah hanya tertumpu kepada kegiatan memburu dan memungut hasil hutan.
Lebih menarik lagi, tujuan utama pembinaan terowong ini masih kekal misteri sehingga ke hari ini. Sesetengah kajian berpendapat bahawa terowong ini digunakan sebagai perlindungan daripada haiwan liar manakala kajian lain pula mempercayai bahawa ianya digunakan untuk bergerak dengan selamat selain dilindungi daripada keadaan cuaca yang tidak menentu.
10 Bulatan batu besar, Costa Rica
Pembentukan batuan berbentuk sfera yang misteri ini bukan sahaja menarik kerana bentuknya yang unik dan asal usul serta tujuannya yang tidak diketahui. Ditemui sekitar tahun 1930-an oleh pekerja yang sedang membersihkan hutan.
Menurut kisah lagenda tempatan, batuan misteri ini mengandungi khazanah emas tetapi setelah diperiksa, ianya ternyata tidak mengandungi apa-apa. Editor: Atila Atasha