4 Beranak Selamat, Terperangkap Dalam Bilik Air Di Setia Alam


KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi dan seramai 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi dan seramai 25 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat yang terbakar di bahagian tingkat bawah dan terdapat mangsa di tingkat atas.

"Kesemua mangsa yang berada di dalam bilik air berjaya diselamatkan dan api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hafisham berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Astro AWANI