Tanda-Tanda Hati Dah Kotor, Ya Allah Jauhkan Aku Dari Sifat-Sifat Ini


Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat.

Hati kotor atau hati yang berpenyakit sukar untuk disedari, apatah lagi untuk dirawati. Rahsia untuk menyedari hati kotor ialah jangan sebok orang lain, tetapi sebok diri sendiri. 

1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Tiga proses bersih hati

Tambahnya, dalam kaedah tasauf terdapat tiga proses perlu dilalui untuk membersihkan hati iaitu takhalli, tahalli dan tajalli. Takhalli ialah usaha membuang segala sifat mazmumah dalam diri, kemudian tahalli iaitu berusaha menanam sifat mahmudah.

Manakala tajalli pula ialah mengekalkan kebaikan dalam diri dan buah daripada kebaikan yang telah tertanam. Namun jika kita gagal membersihkan hati atau membiarkan hati kotor, sukar untuk menjalani tiga proses itu.

Nabi Muhammad SAW sebelum melalui peristiwa Israk dan Mikraj dibedah hatinya buat kali kedua walaupun sudah 12 tahun diangkat menjadi Rasul. Baginda tetap dibedah untuk membersihkan hatinya daripada sebarang kekotoran.

Selepas hati Baginda SAW diisi dengan iman, ilmu dan hikmah, barulah dibawa menaiki burak menuju ke langit.

Pengalaman itu sewajarnya menjadi iktibar kepada umat Islam untuk sentiasa memelihara hati kerana dengan jiwa yang bersih, barulah semua perkara baik dapat dihasilkan.

Andai diri masih terbelenggu dengan hasutan syaitan serta pujukan hawa nafsu, proses pembersihan hati sukar dilakukan. Memiliki ilmu juga penting kerana dengan ilmu yang ada, usaha ke arah memperbaiki diri dapat dilakukan dengan lebih berkesan.