Pemimpin Umno yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) wajar menarik diri daripada kerajaan, menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak menganggotai Pakatan Melayu Islam yang didokong oleh Muafakat Nasional (MN) ekoran pengumuman pucuk pimpinan itu yang sedia menerima penyertaan bukan Melayu sebagai ahlinya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional agar berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang.
“Ini (berundur) patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar.
“Ia juga seperti kedudukan muda-mudi yang susah mencari pekerjaan dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 yang mengancam negara pada masa ini,” jelas Tengku Razalegh dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.
Menurut veteran UMNO itu lagi, perkara sebesar itu sepatutnya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO tidak beberapa lama lagi.
Tegas beliau lagi, UMNO memutuskan memberi sokongan awal bagi penubuhan kerajaan dalam memelihara kestabilan politik negara.
“Kita UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional, hanya kita memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara,” tambah beliau lagi.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, parti berkenaan sedia meminda Perlembagaan parti bagi membolehkan penyertaan kaum lain termasuk memegang jawatan dalam parti itu.
Cadangan tersebut, kata beliau, akan dibentangkan jawatankuasa khas diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim untuk dipersetujui bersama di peringkat MPT.