Seorang wanita hasil perkongsian hidup bapa berlaianan agama berjaya mendapatkan pengisytiharan di mahkamah bahawa dia seorang bukan Islam.
Mahkamah Persekutuan memutuskan Rosliza Ibrahim, yang bapanya seorang Islam tetapi ibunya tidak, tidak pernah menjadi menjadi orang Islam.
Keputusan itu dibuat setelah sembilan panel hakim dipenegrusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendengar rayuan Rosliza hari ini.
Mahkamah memutuskan tiada bukti atau rekod menunjukkan wanita yang dibesarkan oleh ibunya yang beragama Buddha dari kecil itu pernah menganut Islam.
Mahkamah memutuskan kes ini berbeza dengan kes Lina Joy yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi mahu keluar agama.
Kerajaan Selangor menjadi responden pertama untuk rayuan hari ini, diikuti oleh Majlis Agama Islam Selangor (Jais).
Rosliza merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 yang tidak membenarkan saman pemulanya untuk mendapatkan pengisytiharan bukan Islam.
Pada April 2018, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Malaysiakini