Pasar Malam, Kedai Gunting Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi

  
 
Kerajaan hari ini membenarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai esok (Jumaat).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

“Setelah berbincang dan melihat bahawa tiada kluster-kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti ini.

“Maka mesyuarat bersetuju untuk meluluskan pasar malam dibenarkan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat, antara jarak gerai dan gerai satu meter, laluan keluar masuk berbeza dan kawalan yang ketat oleh RELA,” katanya

Bagi kedai gunting dan salun, ia dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dengan hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan.

"Perkhidmatan lain seperti ‘facial’ (rawatan muka) tidak dibenarkan.

"SOP ketat iaitu petugas perlu pakai pelitup muka dan juga lebih baik jika ada face shield, dan apron pakai buang dengan sekali penggunaan," katanya.

Selain itu, pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. - Astro AWANI