Setiap orang berhak hidup bahagia, baik sendiri mahupun bersama pasangan. Jika secara fizikal dan mental tidak lagi kuat untuk mempertahankan keutuhan rumah tangga, bercerai bisa menjadi salah satu jalan yang ditempuh.
Sekiranya terjadi pencera1an, anak juga menjadi individu yang turut sama terkesan apatah lagi jika mereka masih lagi kecil dan cuba untuk memahami situasi yang berlaku.
Malah, hubungan kedua-dua pihak boleh menjadi renggang apabila tiada sikap saling kerjasama atau tolak ansur terutama soal hak penjagaan anak yang menjadi tanggungjawab utama.
Terbaru, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anak lelakinya apabila bekas suami dipercayai seolah-olah mahu ‘menghalang’ pertemuan anak beranak tersebut.
“Ni mama sayang…”
Menerusi posting berkenaan, wanita terbabit @Chetah_Shita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suami sukar untuk memberikan kerjasama sehingga anak-anak sudah tidak mengenali dirinya.
“Nak jumpa anak-anak susah, bekas suami tak bagi kerjasama. Anak-anak sampai tak kenal aku ibu mereka. Korang ingat janda tu bahagia ke?,” luahnya.
Rakaman video tersebut turut memperlihatkan reaksi anaknya yang menangis dan tidak mahu dipeluk, namun @Chetah_Shita cuba memujuk dengan mengatakan dia adalah ‘mama’ kepada si kecil itu.
Meraih sebanyak 2.7 juta tontonan dan 18,700 komen, warganet rata-rata bersimpati selepas melihat nasib mal4ng wanita terbabit yang sering merindui dua cahaya matanya.
Malah, segelintir individu turut bertanya mengenai hak penjagaan anak selain mendoakan agar wanita berkenaan tabah serta sabar dalam menjalani kehidupan.
“Tak minta apa2, cuma bagi jumpa anak2 je”