PAKIN, MHO, SEMBOYAN Desak Kerajaan Guna Platform ASEAN Selesaikan Isu Sindiket Penipuan Kerja Luar Negara
Kumpulan itu turut menuntut ketua kerajaan negara terbabit terutama Myanmar, Laos dan Kemboja campur tangan dalam isu berkenaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata satu tindakan 'luar biasa' amat diperlukan bagi menangani isu yang berlarutan, ditambah pula dengan pembayaran wang tebusan yang terlalu tinggi nilainya kepada sindiket.
"Kementerian Luar dan Kerajaan Malaysia perlu menggunakan platform tertinggi yang ada.
"Kita perlu memberi tekanan menggunakan platform ASEAN dan perdana menteri di negara terbabit kerana sekiranya kita hanya guna saluran biasa seperti kedutaan atau pihak berkuasa di negara berkenaan, kes ini tidak dapat diselesaikan," katanya selepas menyerahkan memorandum gesaan supaya kerajaan bertindak drastik dalam isu sindiket penipuan kerja di luar negara di perkarangan Wisma Putra di sini, hari ini.
Memorandum tersebut diterima Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Konsular Wisma Putra, K Saravana Kumar.
NGO lain yang turut serta adalah PAKIN Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia berserta keluarga mangsa.
Bagi Yusuf Azmi pula, kita di sini masih dapat tidur, makan dan melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita berbeza dengan mangsa sindiket yang terpaksa melakukan perkara yang tidak disukai oleh mereka.
Pengerusi PAKIN Malaysia, Encik Zack turut menyokong agar kerajaan harus bertindak segera menyelamatkan mangsa sebelum ada yang menjadi mangsa rogol dan bunuh seperti apa yang berlaku kepada rakyat di Taiwan yang turut menjadi mangsa sindiket penipuan ini yang semakin berleluasa di kebanyakkan negara.
Hishamuddin berkata, terdapat mangsa yang 'dijual' daripada satu ejen kepada ejen lain, malah ada yang turut 'dipindahkan' ke negara lain menggunakan laluan haram.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin pada 19 Ogos lalu dilaporkan berkata seramai 238 warga tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara termasuk 168 orang yang masih terkandas di luar negara.
Modus operandi sindiket kebanyakannya memperdayakan mangsa menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan di luar negara dengan bayaran lumayan. Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu akan menghubungi ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp dan Messenger.
Selepas mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan dan selepas tiba di destinasi, semua dokumen perjalanan dan telefon mangsa akan dirampas serta dimusnahkan.
Mereka kemudian dikurung dan dikawal ketat serta akhirnya dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian dalam talian, scammer, pelaburan, love scam dan penipuan lain. – BERNAMA