Video: Pelajar Terlibat Kejadian Buli Dalam Ladang Kelapa Sawit


Polis telah memangil kesemua pelajar yang terlibat dalam kejadian buli berhampiran ladang kelapa sawit di Banting, Selangor, untuk dirakamkan keterangan, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mengatakan anak lelakinya dibuli oleh tiga pelajar lelaki lain semasa berada di sekitar ladang kelapa sawit berkenaan.

Menerusi rakaman berdurasi 55 saat itu, seorang pelajar dilihat cuba mempertahankan diri daripada dipukul, namun tidak membalas semula serangan yang diterima.

Beberapa pelajar kemudian menampar dan menumbuk pipi serta menendang belakang badan mangsa.

Disebabkan tumbukan dan tamparan itu, mangsa kemudian menangis. Pada masa sama dalam rakaman itu terdengar suara mengatakan; “Janganlah budak kecil-kecil nangis-nangis. Afiq mau setel sahaja hal ini”.

Ada juga suara pelajar lain yang meminta agar kejadian itu tidak dirakam, namun difahamkan salah seorang rakan meminta agar perkara tersebut dirakam.

Nasib pelajar itu dan lokasi sebenar kejadian bagaimanapun belum diketahui.