Allahu.. Peritnya Hidup Begini 😢 Tiga Tahun Lalu Beliau Pernah Viral, Mungkin Ada Yang Masih Ingat.
Allahu.. Peritnya hidup begini 😢 Tiga tahun lalu, wajah beliau tular dalam media sosial. Mengapa? Mungkin ada yang masih ingat. Nama beliau Abu Bakar. Umurnya waktu itu adalah 70 tahun.
Kisahnya, pada tahun 1992, beliau tinggalkan isteri dan lima anaknya di Bangladesh untuk datang bekerja di Malaysia.
Anak-anaknya masih kecil ketika ditinggalkan, yang nombor lima umurnya baru enam bulan.
Abu Bakar tidak tahu berapa lama beliau akan berkelana mencari rezeki di sini.
Yang beliau tahu hanyalah untuk cari kerja dengan gaji lebih baik untuk tampung hidup keluarganya dan bebaskan mereka dari belenggu miskin.
Tidak beliau sedar, takdir telah tetapkan beliau akan bekerja selama 27 tahun berikutnya di bumi bertuah ini sebagai pekerja pencucian.
Sepanjang tempoh tersebut, Abu Bakar tidak pernah pulang walaupun sekali.
Beliau bekerja hampir setiap hari.
Rutin hariannya sama setiap hari, bangun pagi, sarapan, pergi kerja, balik kerja, telefon keluarga dan berehat.
Rasa rindu kepada keluarga hanya dapat dilepaskan dengar mendengar suara mereka di telefon setiap hari.
Beliau hanya buat keputusan pulang ke Bangladesh tiga tahun lalu dan pada waktu itu anak-anaknya sudah pun dewasa serta bekerja sebagai doktor, hakim dan jurutera.
Bayangkan, selama 27 tahun, beliau tidak berjumpa isteri dan anak-anaknya. Hanya suara jadi pengganti diri.
Selama itu jugalah Abu Bakar berkorban tidak dapat lihat anak-anaknya mula berjalan, bercakap, hantar mereka ke sekolah, hadiri hari sukan, teman mereka daftar masuk ke universiti dan yang paling sedih sekali, tidak dapat lihat anaknya langsungkan perkahwinan serta tidak dapat raikan kelahiran cucu pertamanya selepas itu.
Dan selama itu jugalah, isteri beliau seorang diri berkorban galas tanggungjawab bersendirian besarkan lima orang anak hingga mampu jadi orang yang berguna. Kredit : Mazlan Mohamad via KUN ANTA