BN akan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim 19 Dis ini bagi membuktikan keabsahan sokongan terhadap ahli parlimen Tambun itu.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata keabsahan itu penting bagi membuktikan Anwar mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Berdasarkan prinsip menjunjung titah menghormati pelantikan perdana menteri ke-10 oleh Yang di-pertuan Agong, insya-Allah BN akan menyokong usul undi percaya kepada perdana menteri agar keabsahan perdana menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap.
"Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko perdana menteri baru, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagj menyokong pembentukan kerajaan baru ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Pada 24 Nov lalu, Anwar berkata sidang parlimen akan diadakan pada 19 Dis ini dengan agenda terawal ialah mengenai usul undi percaya ke atasnya.
Pada sidang media pertamanya sebagai perdana menteri, Anwar menjelaskan usul pertama itu akan dibawa sendiri oleh kerajaan.
Pengumuman Anwar itu dibuat selepas Perikatan Nasional (PN) meragui keabsahan jumlah sokongan yang diterimanya.
Ini selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mendakwa perlunya kesahihan sokongan yang diterima itu dibuktikan di parlimen.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata BN menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.
"Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.
"BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama," katanya lagi. - Malaysiakini