RAMALLAH - Tentera Israel memusnahkan sebuah sekolah rendah Palestin yang baru dibina di selatan Tebing Barat pada Rabu lalu.
Sekolah tersebut terletak di Masafer Yatta, kawasan berbatu dan gersang di mana lebih 1,000 penduduknya berdepan pengusiran pada bila-bila masa.
Saksi dan pegawai tempatan berkata, tentera rejim Aparteid Israel menyerbu dan merobohkan struktur Sekolah Asafat di kampung Asafat al-Fawqa.
Rakaman yang diambil oleh aktivis pro-Palestin, Itai Feitelson sebelum pencerobohan itu menunjukkan jentolak dan puluhan tentera Israel mengepung kawasan sekitar sekolah, manakala guru membantu murid lelaki dan perempuan keluar dari tingkap bilik darjah.
Agensi berita Wafa melaporkan bahawa tentera Israel turut merampas alat tulis, meja dan kerusi sebelum bertindak merobohkan sekolah tersebut.
Sekolah Asafat menjadi tumpuan kanak-kanak Palestin dari komuniti Asafat al-Fawqa, Asafat al-Tahta, Maghayer al-Ubaid dan Tuba.
Dalam pada itu, COGAT iaitu agensi tentera Israel bagi urusan pentadbiran di Tebing Barat memaklumkan pihaknya merobohkan sekolah tersebut kerana mendakwa ia dibina secara haram di kawasan yang ditetapkan sebagai zon tembak tertutup.
Kementerian Pendidikan Palestin dalam satu kenyataan mengecam pencerobohan itu serta menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perbuatan keji dan hina.
"Ini adalah pencabulan terang-terangan terhadap hak pelajar untuk mendapatkan akses pendidikan selamat dan percuma," menurut kenyataan itu.
Pada Mei lalu, Mahkamah Agung Israel menolak petisyen menentang pengusiran lebih 1,000 penduduk di Masafer Yatta.
Dalam keputusannya, mahkamah berkata pihaknya mendapati penduduk Palestin di situ mengekalkan cara hidup mengembara sejak beberapa generasi, mencari nafkah dengan bekerja sebagai petani dan penternak.
Bagaimanapun, penduduk Masafer Yatta dan kumpulan hak asasi berhujah bahawa ramai keluarga Palestin tinggal secara tetap di kawasan seluas 3,000 hektar sejak sebelum Israel menawan Tebing Barat lagi dalam Perang Timur Tengah 1967 dan pengusiran mereka melanggar undang-undang antarabangsa. - Agensi