Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah memberi perhatian terhadap amalan-amalan sunat sebesar perhatian Baginda terhadap (solat sunat) dua rakaat Fajar.” Nabi sangat cintakan solat sunat sebelum subuh
Solat sunat sebelum subuh juga dikenali sebagai solat qabliyyah subuh atau solat sunat fajar. Ia dinamakan sebagai Nafl kerana merupakan salah satu solat tambahan kepada solat-solat yang telah difardukan oleh Allah SWT.
Menurut Ibn al-Qayyim, katanya: Penjagaan Baginda SAW terhadap sunat Rawatib subuh melebihi seluruh solat sunat. Baginda SAW tidak pernah meninggalkan sunat rawatib subuh dan solat Witir sama ada ketika melakukan perjalanan musafir atau ketika bermukim.
Ketika perjalanan musafir, Baginda SAW sentiasa menjaga dan melaksanakan sunat Rawatib Subuh dan Witir melebihi seluruh solat-solat sunat dan rawatib yang lain. Tidak ada dinukilkan daripada Baginda, ketika dalam perjalanan musafirnya melakukan solat rawatib selain rawatib subuh.
Dalam riwayat lain, daripada Aisyah RA bahawa beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi SAW solat isyak kemudian Baginda solat lapan rakaat, dua rakaat dengan duduk, serta dua rakaat di antara dua seruan (azan dan iqamat). Baginda tidak pernah meninggalkan dua rakaat sunat Fajar tersebut.”
Hukum mengerjakan solat sebelum subuh
Hukum mengerjakan solat sunat sebelum subuh ini adalah sunat. Namun begitu, ia menjadi amalan sunnah yang sangat gemar diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Pada riwayat lain disebutkan : “Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh. “- (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari) Waktu mendirikan solat sebelum subuh
Solat sunat sebelum subuh didirkan selepas azan subuh atau dalam kata lain sebelum mengerjakan solat fardhu subuh. Jika dilakukan sebelum subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: “Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu subuh”
Juga hadis Hafsah RA ada menyatakan bahawa:
Maksudnya: “Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila muazzin senyap daripada azan subuh, dan fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat yang ringkas sebelum didirikan solat.”- (Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu, jelaslah bahawa waktu berkenaan dengan solat sunat subuh. Waktu ditunaikannya ialah setelah masuk waktu subuh dan sebelum ditunaikan fardhu subuh. Bilangan rakaat Tempoh masa seseorang melaksanakan ibadah solat sunat ini adalah dalam jangka masa yang sangat pendek atau tidak terlampu lama.
Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa: “Rasulullah SAW memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah atau pun tidak.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
Untuk pengetahuan anda, bilangan rakaat yang ditetapkan adalah sebanyak 2 rakaat sahaja. Cara solat sunat sebelum subuh lengkap niat dan doa
Rukun dalam cara solat sunat sebelum subuh sama sahaja seperti solat-solat fardhu yang lain. Tetapi yang membezakannya adalah niat sahaja dan bilangan rakaat adalah sebanyak dua rakaat.
1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat
2. Membaca niat solat
Usolli sunnatal fajri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku menunaikan solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut
الله أكبر
Allahuakbar
Maksudnya: Allah Maha Besar
4. Membaca doa iftitah “Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”
Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.
5. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkanBismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin
Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”
6. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan
7. Rukuk sambil bertakbir
“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.
Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.
8. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini
“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”
Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Dalam keadaan ini juga, anda perlu berdiri tegak menghadap kiblat. Manakala kedua-dua belah tangan harus berada di sisi tanpa digerak-gerakkan dengan sengaja.
9. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini
“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Berbeza bagi keadaan yang sebelum tadi, bagi sujud pula kedua-dua tapak tangan harus diletakkan di atas lantai atau pelapik yang digunakan untuk sujud biasanya sejadah. Kedudukannya lebih kurang separas bahu sahaja.
10. Bacaan duduk antara dua sujud
“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
11. Sujud kembali sambil bertakbir
12. Berdiri semula sambil bertakbir dan ulangi dengan membaca surah Al-Fatihah sehingga habis dan sujud di rakaat kedua
13. Duduk tahiyat akhir Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
14. Memberikan salam Doa selepas solat sunat subuh“Allahumma robbu jibrila wa israfila wa mika i a wa Muhammadin nabiyyi sollallahu alayhi wassalam. A’uzuu bika minan narr”
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindungan Mu daripada api neraka.” Hikmah disyariatkan solat sunat sebelum subuh
Hikmah yang paling ketara dalam solat sunat sebelum subuh adalah ia merupakan amalan yang lebih baik daripada seluruh dunia. Bahkan Rasulullah SAW menjelaskan bahawa solat sunat sebelum subuh lebih bernilai dari seluruh isi di dunia,
Maksudnya: “Solat sunat dua rakaat sebelum subuh adalah lebih baik dari ( nilai ) isi dunia dan seluruh yang ada padanya.”- (Hadis Riwayat Muslim)
Selain itu, kebaikan-kebaikan lain yang boleh diperolehi adalah seperti:Amalan sunat yang paling dijaga oleh Rasulullah SAW Lebih baik dari seluruh dunia dan isinya Lebih penting daripada nyawa sendiri Mengikut sunnah Rasulullah SAW Mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT Kesimpulan
Seseorang yang mampu untuk bangun pada awal pagi dan mendirikan solat untuk tunduk kepada Allah SWT, dia adalah individu yang paling berjaya di dunia ini. Dugaan dan godaan silih berganti akan menganggu iman manusia.
Namun jika jihad menundukkan nafsu tidur itu kuat, maka kita sudah tentu mampu menjadi hamba Allah SWT yang sangat dicintai oleh Nya.