Astro AWANI telah mendapatkan suara orang ramai menerusi ruangan #SuaraMalaysia di seluruh platform digital kami.
Antara soalan yang diajukan sejak 12 tengah malam tadi – Wajarkah MP berdepan kes mahkamah sertai Kabinet?
Setakat jam 2.30 petang, hasil dapatan itu mendapati sejumlah 90 peratus responden tidak bersetuju bahawa Ahli Parlimen yang terlibat dengan kes mahkamah untuk menjadi sebahagian daripada Kabinet kerajaan.
Daripada jumlah itu, lapan peratus beranggapan Ahli Parlimen yang terpalit dengan kes mahkamah masih boleh menyertai Kabinet manakala dua peratus lagi memilih untuk tidak peduli.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan. - Astro AWANI