Tuduh Anwar Ibrahim Ejen Israel: Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Ustaz Hassan Saad


Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Baling Ustaz Hassan Saad, susulan laporan yang mendakwa beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung tuduhan yang didakwa dilakukan Ustaz Hassan.

"Kes ini dikehendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Noorsiah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 kanun sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman Facebook Perikatan For Malaysia yang mengatakan Anwar mendapat pertolongan untuk dilantik sebagai perdana menteri dan menjadi ejen kepada Israel. -  Astro AWANI